Khamis, Ogos 07, 2014

Benci atau Suka?

Assalamualaikum....
khabar diri anda? khabar iman anda? ececeh kemain intro.

Malam yang permai ni, terasa jemari nak berkias tentang satu perkara. perkara? yee.. satu keadaan yang aku yakin ramai alami benda ni.. 

Benci atau Suka???

Haa gituu.. ada satu ketika tu, kita sangat benci pada seseorang tapi dalam masa yang sama kita suka. Betul kan? macam mana tu? Mixed feeling? kecelaruan perasaan? Gangguan emosi?

ya, mungkin betul juga gangguan emosi. tapi hakikatnya setelah dikaji dengan tak begitu terperinci, bagi aku situasi ni sebenarnya adalah mainan psikologi atau perasaan kita sendiri. kita menafikan perasaan sebenar yang kita rasai. tak payah tipu laa.. Sebenarnya engko sayang dia, suka dia tapi cakap benci. In denial. sebab apa?? banyak sebab boleh jadi faktor. Terkadang tu org itu buat perkara yang kita benci, terus kita kata benci. padahal takde menda pun kan. kadang orang tu tak layan engko sehari, engko dah label benci. amboii.
Hmm itulah, sebab alaminya sendiri, satu situasi yang menggelabah nak buat kita sakit hati sendiri.

Ragu antara suka dan benci, akhirnya amarah menguasai.
Tanpa semena memendam dengki, 
Rindu disimpan menjadi dendam,
Sayang dihakis menjadi geram.
Hilang semua manis bicara,
diganti pula madah nista,
mana pergi pekerti mulia,
hilang dek emosi berleluasa?
hanyut dek benci yang menggila?

Apa di kisah hati manusia,
berbolak balik,
sekejap suka, sekejap cerca,
kerana hati itu rapuh,
dihasut sedikit sudah luluh,
mudahnya.

Andai suka itu irama,
benci itu bait katanya,
pelengkap yang sempurna,
walau bait kata itu pahit dirasa,
Manisnya tetap ada 
bila irama digubah mesra.

haa.. Sebenarnya, benci membenci ni tak elok.. kalau tak suka sekalipun biar berpada yee. kalau boleh faham susunan bahasa kat atas ni sebenarnya aku nak sampaikan yang manusia ni kalau dah benci, amboii semua kata kesat boleh keluar, tak nampak baik langsung orang tu. berpadalah. marah2 itu manis kadang2 (jangan selalu tau). Apapun,pesanan terakhir dari aku adalah dari sebuah hadis:

Sayangilah sesorang itu berpada-pada, kerana kemungkinan besar suatu hari nanti dia akan menjadi musuh yang paling kamu benci

Dan bencilah musuhmu berpada-pada, kerana besar kemungkinan suatu hari nanti dia menjadi orang yang paling kamu sayangi.

Riwayat At-Tirmizi

Sekian sahaja utk kali ini, In Sha Allah. Assalamualaikum. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan