Rabu, Jun 11, 2014

Mood bersihkan sawang.

Assalamualaikum.
Setelah ditinggalkan lama blog ini sudah bersawang ooo...
Jadi satu keputusan drastik dan agak epik pernah dibuat oleh diri ini. iaitu cubaan memperbaharui blog ini dengan tema yang agak konsisten.. Apakah?? berlandaskan puisi-puisi cikai yang digarap dengan tak berapa baik oleh insan kerdil ni. satu keputusan yang agak rare lah sebab aku ni pemalu sebenarnya bila orang baca puisi yang aku buat. Biasanya aku akan buat, baca simpan sendiri je. Itu pun cukup puas. Self-satisfaction gitu.. 
Tapi aku rasa nak cabar diri biar orang dapat baca apa yang aku rasa tentang pengalaman hidup aku, tentang manusia dan segala macam benda atas muka bumi ni.

Permulaan aku menulis puisi2 lapuk ni masa zaman sekolah dulu. Tahun 2009, ye masa tu form 4. masa tu aku saja2 conteng kertas cerita perihal seorang sahabat yang agak baik dengan aku. ehhehhh.. Dan dijadikan cerita segelintir kawan2 aku baca contengan aku tu dan Alhamdulillah aku dapat respond positif, Terbaiklah korang!! Dan dari saat tu, aku mula tulis. Ada yang serius ada yang main2. Bila duk berangan sorang2 (memang tabiat aku) aku akan terjemahkan apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. walaupun ada yang takfaham, cukuplah aku faham.. hehehe. 

Setelah sekian lamanya aku tak menulis secara serius lepas sekolah, karya aku pun makin hambar aku rasa. Yelah mungkin sebab aku study science stream jadi kuranglah penggunaan bahasa kapok aku ni haa. kadang2 bila bosan je aku bantai tweet ayat2 jiwang tah kemana tu..
Jadi melalui blog biasa ni aku akan share cerita2, karya2 lama aku juga yang terbaru (kalau aku rajin la). Okay setakat ni saja post intro.

Selamat selamat. Assalamualaikum..