Khamis, Ogos 07, 2014

Benci atau Suka?

Assalamualaikum....
khabar diri anda? khabar iman anda? ececeh kemain intro.

Malam yang permai ni, terasa jemari nak berkias tentang satu perkara. perkara? yee.. satu keadaan yang aku yakin ramai alami benda ni.. 

Benci atau Suka???

Haa gituu.. ada satu ketika tu, kita sangat benci pada seseorang tapi dalam masa yang sama kita suka. Betul kan? macam mana tu? Mixed feeling? kecelaruan perasaan? Gangguan emosi?

ya, mungkin betul juga gangguan emosi. tapi hakikatnya setelah dikaji dengan tak begitu terperinci, bagi aku situasi ni sebenarnya adalah mainan psikologi atau perasaan kita sendiri. kita menafikan perasaan sebenar yang kita rasai. tak payah tipu laa.. Sebenarnya engko sayang dia, suka dia tapi cakap benci. In denial. sebab apa?? banyak sebab boleh jadi faktor. Terkadang tu org itu buat perkara yang kita benci, terus kita kata benci. padahal takde menda pun kan. kadang orang tu tak layan engko sehari, engko dah label benci. amboii.
Hmm itulah, sebab alaminya sendiri, satu situasi yang menggelabah nak buat kita sakit hati sendiri.

Ragu antara suka dan benci, akhirnya amarah menguasai.
Tanpa semena memendam dengki, 
Rindu disimpan menjadi dendam,
Sayang dihakis menjadi geram.
Hilang semua manis bicara,
diganti pula madah nista,
mana pergi pekerti mulia,
hilang dek emosi berleluasa?
hanyut dek benci yang menggila?

Apa di kisah hati manusia,
berbolak balik,
sekejap suka, sekejap cerca,
kerana hati itu rapuh,
dihasut sedikit sudah luluh,
mudahnya.

Andai suka itu irama,
benci itu bait katanya,
pelengkap yang sempurna,
walau bait kata itu pahit dirasa,
Manisnya tetap ada 
bila irama digubah mesra.

haa.. Sebenarnya, benci membenci ni tak elok.. kalau tak suka sekalipun biar berpada yee. kalau boleh faham susunan bahasa kat atas ni sebenarnya aku nak sampaikan yang manusia ni kalau dah benci, amboii semua kata kesat boleh keluar, tak nampak baik langsung orang tu. berpadalah. marah2 itu manis kadang2 (jangan selalu tau). Apapun,pesanan terakhir dari aku adalah dari sebuah hadis:

Sayangilah sesorang itu berpada-pada, kerana kemungkinan besar suatu hari nanti dia akan menjadi musuh yang paling kamu benci

Dan bencilah musuhmu berpada-pada, kerana besar kemungkinan suatu hari nanti dia menjadi orang yang paling kamu sayangi.

Riwayat At-Tirmizi

Sekian sahaja utk kali ini, In Sha Allah. Assalamualaikum. ^^

Rabu, Julai 02, 2014

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ramadhan Kareem..Salam Ramadhan. Semoga kita semua sihat sejahtera hendaknya..
Bersempena bulan mulia ni, tak adalah nak share beria sangat pun haa. Sekadar nak post satu karya yg aku jumpa balik dalam koleksi2 lama aku (heh gaya macam banyak je kann).
Masterpiece ni aku buat tahun 2009 dulu.. adoyy berhabuk haa.. Tujuan karya ni dihasilkan sebab masa sekolah dulu ada contest buat sajak sempena bulan Ramadhan.. Saja nak acah2 test power, aku dan kawan aku lagi seorang mencabar diri nak join contest tu.. 
Result contest??? 
Haa.. Alhamdulillah kitorang grab top two.. so nampaknya aku berjaya!! barulah aku yakin dengan masterpiece aku ni.. so, dikesempatan ini, aku nak share sikit lah dengan mengkome.. buleh?? buleh jelaa yekk..Nahh..

Duhai Ramadhan

Hening subuh Ramadhan
mengikat rantai iman di hati.
Saat ini,
hatiku nekad untuk berjuang, 
merebut titisan pahala yang turun lebat
kurniaan Ar-Rahman
Yang Maha Pemurah

Ramadhan Kareem,
bulan baraqah, bulan ibadah
Hadirmu dinanti para solihin
malam-malammu dihias indah dek
alunan zikrullah,
alunan Al-Furqan,
gemersik di kalbu,
mendamaikan jiwa seorang hamba.

Duhai Ramadhan,
sinarmu memberi seribu makna buatku
gugurnya syuhada' muslimin
di pertempuran Badar
di bulan mulia ini.

Ramadhan Al-Mubarak
Seribu penghayatan
seribu keinsafan
menggugurkan tinta-tinta dosa
menjernihkan noda-noda hitam
menyucikan hati hamba,
penganugerahan Lailatul Qadar,
menjanjikan ganjaran idaman solihin
termaktub di dalam Al-Quran
malam seribu bulan,
malam dinantikan.

Duhai Ramadhan,
hadirmu dinanti
Pemergianmu ditangisi
adakah mampu aku menantimu?
adakah mampu aku menghayatimu?
adakah mampu aku menikmati,
ganjaran daripada Allah Yang Satu?

Aku tidak pasti,
tidak pasti untuk bertemu mu
di masa nanti.
Namun aku berharap,
aku mampu menjengah jendelamu
menggarap ganjaran istimewa,
Rabbul Izzati
Aku menantimu Ya Ramadhan.

Ramadhan 1430 (2009)
aisyahhamid


Demikian sudah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Harapnya penghayatan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Sama2 mengingatkan.. dalam setahun ada sebulan je, jadi manfaatkanlah sebaiknya.. walau sedikit perubahan, jadilah yekk. Sekian sahaja untuk kali ni, sebelum tu, layan dulu lagu dari Encik Mimpi ni- Doaku Ya Ramadhan. hayati liriknya, memang terbaik. 
Sekian Assalamualaikum..



Rabu, Jun 11, 2014

Mood bersihkan sawang.

Assalamualaikum.
Setelah ditinggalkan lama blog ini sudah bersawang ooo...
Jadi satu keputusan drastik dan agak epik pernah dibuat oleh diri ini. iaitu cubaan memperbaharui blog ini dengan tema yang agak konsisten.. Apakah?? berlandaskan puisi-puisi cikai yang digarap dengan tak berapa baik oleh insan kerdil ni. satu keputusan yang agak rare lah sebab aku ni pemalu sebenarnya bila orang baca puisi yang aku buat. Biasanya aku akan buat, baca simpan sendiri je. Itu pun cukup puas. Self-satisfaction gitu.. 
Tapi aku rasa nak cabar diri biar orang dapat baca apa yang aku rasa tentang pengalaman hidup aku, tentang manusia dan segala macam benda atas muka bumi ni.

Permulaan aku menulis puisi2 lapuk ni masa zaman sekolah dulu. Tahun 2009, ye masa tu form 4. masa tu aku saja2 conteng kertas cerita perihal seorang sahabat yang agak baik dengan aku. ehhehhh.. Dan dijadikan cerita segelintir kawan2 aku baca contengan aku tu dan Alhamdulillah aku dapat respond positif, Terbaiklah korang!! Dan dari saat tu, aku mula tulis. Ada yang serius ada yang main2. Bila duk berangan sorang2 (memang tabiat aku) aku akan terjemahkan apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. walaupun ada yang takfaham, cukuplah aku faham.. hehehe. 

Setelah sekian lamanya aku tak menulis secara serius lepas sekolah, karya aku pun makin hambar aku rasa. Yelah mungkin sebab aku study science stream jadi kuranglah penggunaan bahasa kapok aku ni haa. kadang2 bila bosan je aku bantai tweet ayat2 jiwang tah kemana tu..
Jadi melalui blog biasa ni aku akan share cerita2, karya2 lama aku juga yang terbaru (kalau aku rajin la). Okay setakat ni saja post intro.

Selamat selamat. Assalamualaikum..