Sabtu, Oktober 20, 2012

MATLAMAT HIDUP??

Assalamualaikum semua, dah lama rasanya jemari ini tidak menaip di laman ini. 
eh.. lain macam pula. Sebenarnya sy ada bnda nak dikongsikan untuk semua. walaupun agak simple tapi inilah sebenarnya asas hidup kita.
Alhamdulillah, saya diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk menghadiri satu majlis usrah pada minggu lepas. Banyak ilmu yang saya peroleh, membuatkan saya sedar bahawa kita sebagai seorang muslim mempunyai matlamat hidup satu dalam kehidupan kita. 

Setiap daripada kita pasti ada matlamat hidup masing-masing. Betul kan? Nak jadi doktor la, cikgu la, pakar itu, pakar ini, Subhanallah, hebat cita-cita. Teruskan cita-cita kita itu...


TETAPI..
Tanpa kita sedari, kita juga ada matlamat hidup sebagai seorang muslim. Ambil masa sekejap, hitung diri. Mengapakah Allah cipta kita untuk hidup di muka bumi ni? KENAPA??

"Siapa aku?"
"Mengapa aku dilahirkan?"
"Ke mana arah tuju hidup aku?"

Kita perlu nilai balik diri kita. fikirkan mengenai soalan ini. Apakah jawapannya?

Azalinya, sejak dalam alam rahim lagi, setiap dari kita telah bersetuju untuk menggalas tanggungjawab di muka bumi Allah ini. Hanya manusia yang sanggup menggalas tugas ini..
Jadi sebenarnya...

Hakikat diri manusia adalah sebagai khalifah di muka bumi ini. Menjawab persoalan-persoalan di atas tadi,

"Siapa aku?"
  • Aku adalah hamba Allah!! Mengapa??- Kerana Allah telah ciptakan aku.
  • Allah adalah khaliq yakni bermaksud pencipta.
  • Allah pencipta diriku, maka aku milikNYA, aku adalah HambaNYA.
  • Allah pemilik diriku, aku bukan milikku dan apa jua yang aku miliki.
  • Allah penjaga maslahah kehidupanku, yang aku sendiri tidak tahu.
  • Allah penentu segala dalam hidupku, yang aku sendiri tidak faham dan tidak mengerti.
Kita adalah khalifah yang sempurna sepertimana yang dinyatakan dalam Surah At-Tin ayat4:

لقد خلقنا الإنسان في احسان تقويم

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)” 
"Dimana aku?" 
sudah pasti di bumi Allah. Allah berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 44 yg bermaksud:
"Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmat sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."
"Mengapa aku hidup di muka bumi ini?" 
Sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Khalifah bermaksud, naib Allah ataupun sebagai pembantu Allah.
Tugas kita dimuka bumi ini adalah

  • Untuk memakmurkan dan mentadbir seluruh kehidupan manusia dengan hukum hakam dan syariatnya.
  • Mentadbir dan mengurus khazanah alam juga dengan hukum2 dan syariatnya.
Haa.. nampak tak sekarang?? Jadi semuanya kena ikut peraturan Allah. Semua peraturan tu ada dalam AlQuran juga Al hadith. Jelas?
Ada satu persoalan yg diutarakan, 

MEREKA MEMAKMURKAN BUMI (MELAKUKAN KEBAIKAN) TETAPI TIDAK BERIMAN.
BAGAIMANA???
Humm.. kita ambil konsep yang mudah la ye..
Bandingkan.. 
ada seorang pakcik, dia ada sebuah kebun yg dah lama tak diusahakn. penuh semak samun, tanaman takda. ditakdirkan, pd suatu hari ada seorang pemuda yg lalu di kwasan kebun pakcik tu. Dia pun tergerak hati nak bersihkan kebun pakcik ni. Jadi dia pun bersihkan kebun pakcik ni dan tanam segala bagai pokok. nampak?
lagi satu cerita yang sama.. Seorang pemuda yg lain, nak bersihkan kebun pakcik ni juga, tapi dia terlebih dahulu meminta izin pakcik ni utk bersihkn kebun pakcik ni. Pakcik tu pun terangkanlah dia nak tanam pokok apa. setelah selesai, pemuda itu diberri ganjaran oleh pakcik ni tadi.
Jadi apa yang dapat kita simpulkan??
Haa.. bermaksud alam bumi ini ada pentadbirnya iaitu Allah. jika kita ikut aturan yang dikehendaki, maka kita akan dapat balasan yang sewajarnya.. :-)

Akhir sekali..

"Dimana destinasi kita?"

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى
Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. (SURAH TAHA: 55)

Kita diciptakan di alam rahim, dan akan dibangkitkan semula di akhirat. Itu pasti.

Sebagai kesimpulan, matlamat hidup kita kena jelas sebagai seorang muslim. Bukanlah saya menekankan urusan ukhrawi tanpa memikirkan urusan duniawi, kedua-duanya harus seimbang, barulah kita akan mengecapi nikmat kemanisan hidup juga kemanisan iman InsyaAllah.

Sebelum mengakhiri kalam, ingin saya petik satu pesanan Rasullulah kepada Ibnu Umar r.a:
"Be in the world as if you were a stranger or a traveller" (hadis riwayat Al-Bukhari) 
Sekian sahaja bicara saya kali ini. semoga kita semua mendapat a'fiatNYA. Apa yang saya sampaikan adalah sebagai peringatan kpd diri saya juga. Jom kita jadi seorang muslim yang bukan pada nama, tapi pada segalanya.
Aqulu qauli haza, waastaghfirullahil azimi li walakum, wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan