Khamis, Jun 21, 2012

TIP MEMBINA DIRI MENJADI WANITA CANTIK

Assalamualaikum. Lama sudah tidak blogging. nak bersihkan sawang2 ni sekejap. Alhamdulillah entri kali ni, sy nak share satu ilmu kepada rakan2 sekalian. harap2 terhibur hendaknya walaupun ilmu sy ni tak seberapa.
InsyaAllah saya akan kongsi sedikit tentang panduan kecantikan yang perlu dimiliki oleh remaja jika ingin menjadi 'insan cantik' luar dan dalam.
Antara panduan yang boleh sy kongsi ialah:

  • Bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Pada usia muda, seseorang remaja harus memiliki wawasan dan matlamat yang ingin dicapai.
  • Tahu membezakan di antara yang baik dan buruk.
       Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

       "Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula yang menyeleweng daripada kebenaran. Barang siapa yang taat mak amereka itu benar-benar sudah memilih jalan yang lurus, adapun orang yang menyimpang daripada kebenaran maka mereka menjadi kay api bagi neraka jahanam." -Surah Al-Jin: 14-15

  • Sayangkan diri, keluarga dan masyarakat. Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud:
    "Tidaklah sempurna Iman salah seorang di antara kalian sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."

  • Berilmu pengetahuan dan bermaklumat. Seorang remaja mesti mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yg merangkumi ilmu akademik, ilmu kerohanian dan ilmu pengurusan.
  • Menjaga kesihatan fizikal, jiwa dan minda Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, Rasullulah S.A.W bersabda maksudnya:
    "Dua nikmat yang sering tidak diperhatikan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang."
  • Menghormati diri dan orang lain. Seseorang remaja mesti menghormati diri dengan menjauhi tingkah laku yg boleh menyebabkan pihak lain hilang rasa hormat kepadanya.
  • Berlaku adil. Seseorang remaja harus berlaku adil dalam pergaulan dan semasa membuat pertimbangan.
  • Menjauhi maksiat. Remaja 'cantik' akan berasa takut kpd Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
    "Sudah nampak kerosakan dan bala bencana di darat dan laut disebabkan oleh perbuatan manusia, supaya Allah merasakan kpd mereka sebahagian drpd balasan perbuatan buruk mereka agar mereka kembali (ke jalan yg benar)." -Surah ArRum:41

  • Memahami hak dan tanggungjawab sebagai rakyat.
  • Mesra alam. Seseorang remaja yang menunaikan hak dgn memelihara alam dan menyayangi haiwan adalah remaja berakhlak mulia.
Itu shj yang mampu kepada shbt sekalian. semoga kita boleh menjadi remaja 'cantik'. Tidak dilupakan solat fardhu lima waktu, ibadah wajib dan sunat yg lain. InsyaAllah boleh memantapkan aqidah kita sebgai seorang muslimah.
Akhir kalam, terima kasih kpd buku 'Wanita yang Dirindui Syurga' kerana memberikan fakta2 yang bernas serta menarik. 
Aqulu qauli haza waastaghfiruka 'azimi li walakum wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
          


Tiada ulasan:

Catat Ulasan